I drafted this almost a year ago. I feel like its a waste not to share, even though I didn't write everything. I don't know how to move on from where I stopped, so I think I'll post it like how I left it.
Here it goes.
18th November 2011.
Kita semua berkumpul dekat VI. Kita semua tu aku, Asyraf, Dini, Syu, Wan, Ezat, Ridwan, Afiq, Ridzwan and Cikgu Amani. Kitorang satu bas dengan VI and satu lagi sekolah ni. Patutnya kumpul situ pukul 8pm. Aku lah, bersemangat betul. Wan kata nak try bukak khemah segala, dia tanya aku nak buat pukul berapa. Aku cakap lah 9pm, kumpul pukul 8pm. Last last aku dengan Asyraf yang datang pukul 10pm. Hahaha, teruk betul. Kitorang lambat pun sebab kemas beg haa. So sampai sana, ada taklimat around 10.30pm and jari Syu tersepit pintu so berdarah ._. Then bas sampai around 11.45pm. Gerak at 12am.
19th November 2011.
Cikgu Amani tak ikut kitorang naik bas. Ada sorang lagi cikgu, nama dia Madam Koh Norlyana. Anak dia naik bas dengan kitorang, nama dia Dinie. Dia ada sorang kawan nama Iqbal.
Dalam bas aku duduk dengan Asyraf since dia adik aku. Aku tak duduk dengan Syu or Dini sebab agak terpinggir. Depa form 1 so yeah. Aku sorang form 2 perempuan. Then dekat Petronas mana entah, bas berhenti kejap. Kitorang kena turun ambil baju WP Kuala Lumpur. Besaq gilaaa, warna biru gelap, long sleeve. Aku saiz S macam dapat saiz M. Tapi takpa lah. Lepas ambil baju, aku naik bas, tutup muka dengan sweater then tidur. Aku make sure kitab Yaasin ada dengan aku sebab nanti lalu highway Karak. LOL.
Sedar sedar, dah pukul 5.30am. Bas stop dekat masjid. Masa tu dah sampai dah Terengganu (: Di sebabkan aku ABC, Dini dengan Syu pergi dengan Madam and tinggalkan aku dengan bebudak non-muslim dalam bas. Aku pun melukis lah, haa. Bila depa dah naik, aku tidur balik :B
Aku bangun balik around 8.15am. 8.30am bas stop lagi, dekat Mydin Kota Terengganu. Kita breakfast kat situ. Aku dah bawak bekal, mihun kisar Mama. And aku malas nak pecah duit, so aku takbeli air. Ingatkan nak share air dengan siapa siapa, tapi takda jadi camtu pulak.
Sampai tempat camp at 9.45am. Depan tempat tu ada pantai :D WPKL punya campsite punya lah jauh -_- Hari panas pulak tuu. So lepas dah set khemah segala, ada perhimpunan. 11.30am camtu. Diorang bahagikan kita, jadi 10 patrol. Aku patrol 2. Aku yang tak minum air dari malam semalam tiba tiba rasa lemah. Pening gitu, tak larat. So aku excuse kan diri aku and pergi duduk bawah khemah. Kakak abang situ tanya, "Dik, tak makan ke pagi tadi?" Pastu ada sorang abang ni, nama dia Abang Azri, dia kata "Eh dia makan lah. Banyak gila. Tak pandang kiri kanan pun. Aku nampak, serious weh!" -__- K malu.
Mula mula kitorang plan nak tidur dalam satu khemah kecil je, sebab kita tiga orang je. Muatlah. Tiba tiba Madam bagi kitorang khemah besar dia yang extra, so khemah kecil tu kitorang guna untuk simpan barang. Laki yang tolong set up kan khemah :B Iqbal, Dinie. Then dia punya alas untuk hujan pulak ada another group of boys. Aku tak ingat sangat siapa, tapi aku ingat sorang tu je. Muka dia macam muka dua orang yang aku kenal ni, so aku tertanya tanya lah nama dia apa.
Masa lunch apahal entah aku rajin sangat, aku pergi tolong orang kat dapur. Aku ambil duty cedok nasi. Kat situ aku kenal Abang Haqqim. Orang in charge memasak kat situ, dia suruh kitorang panggil dia Mama.
Hari ni kita takda aktiviti apa. So lepak dekat campsite sementara tunggu Cikgu Amani. Dia datang dengan Shahril nanti. Tiba tiba petang tu Ezat call aku.
Ezat: Weh, mana kau?
Aku: Aku kat campsite lah. Pahal?
Ezat: Kitorang semua kat pantai ni.
Aku: Pantai? Ada pantai? Mana?
K masa tu aku taktahu ada pantai lagi :B
Ezat: Yelah, pantai. Takkan kau tak sedar kot, ada kat depan ni je. Datang ah sini. Semua ada.
Aku: Semua? Semua tu siapa?
Ezat: Aku, Wan, adik kau, Afiq, haa semua lah.
Aku: Laaah, aku nak gi! Asal kau tak ajak aku tadi? Aku taktahu kat mana lah.
Ezat: Aku malas.
Aku: Habisu kau nak aku buat apa?
Ezat: Datang ah sini.
Aku: Tapi aku taktahu mana lah bang.
Ezat: Kau datang je.
Aku: Weh, betul betul lah.
Ezat: Takpa lah, kitorang nak balik dah pun. Bye.
-_-
Lepastu, aku tengok yang aku ada misscall dari Shahril. Sebab aku kedekut creds, aku text dia suruh call balik. Bila dia call, aku dengar suara perempuan ._. Rupanya Cikgu. Hahaha. Dia kata dia dah sampai, dia nak tahu mana nak daftar. Aku cakap lah aku taktahu, sebab tadi kitorang takda pergi mana mana untuk daftar. Then cikgu tanya mana campsite, aku bagitahu then tiba tiba dia sampai ._. Bila dia sampai, bebudak BB lain pun sampai. Depa mintak aku tuliskan nama depa kat tag nama diorang sebab aku tuliskan untuk Syu dengan Dini.
Malam tu ada Malam Kebudayaan. Best. Sebenarnya aku tak tengok pun persembahan diorang. Dia best sebab ada Pramuka kat belakang dewan menari nari. Semua orang join, termasuk aku. Haha. Line dance gitu, seragam gila <:
Malam tu balik dari Malam Kebudayaan, kitorang semua kena kutip sampah. Dah siap, bebudak BB semua duduk satu tempat. I mean, memang semua orang duduk satu tempat tapi kitorang cam duduk in a group. Semua mengantuk, penat. Kirtorang main teka teki, tapi mamai. Hahaha serious lawak.Then bebudak seolah lain pun join. Haha meriah.
Bila pemimpin and Kelana dah balik ke campsite, ada perhimpunan jap. Depa nak bagi buku aktiviti and bahagikan kita ikut kumpulan warna. Aku kumpulan merah, sama dengan Wan, Shahril, Iqbal, Ridwan, Anis, Zoe, and three other guys from VI yang aku takpernah tau nama :B
Lepas perhimpunan, kita semua balik ke khemah. Aku ada beli satu bag Jamboree yang kebetulan agak kalis air, so aku letak segala barang yang nak pakai esok pagi untuk letak dalam khemah tidur so that tak tercari cari esok. Sebab esok kena pakai uniform lengkap, complicated kan? Haa. Lepas aku masukkan barang dalam bag, Madam takbagi aku tutup pintu khemah sebab dia nak letak barang dia. Kita share. So aku masuk lah dalam khemah tidur. Lepas aku masuk, Dini and Syu pulak masuk. Then terus hujan lebat gila. Khemah tu terus bocor. BOCOR GILA. Banjir. Then Ezat text aku.
Ezat: We, kau ok x
Aku: Tak, khemah bocor gila. Aku taktahu nak buat apa, nak tidur mana.
Tiba tiba dia call.
Ezat: Weh, Wan datang nak tolong. Cepat keluar khemah. Raincoat kau ada?
Aku: Ada tapi dalam khemah satu lagi. Tu pun aku taktahu mana.
Ezat: Ha takpa, cepat pergi. Bye.
Kitorang bertiga still clueless. Kita cuba call Madam, tapi Madam merepek kitorang semua takpaham. Last last aku keluar je macam tu, tak berbaju hujan, berkaki ayam. Aku keluar keluar je, ada cikgu. Aku pun cakap lah degan cikgu, dia suruh check khemah barang. Khemah tu pun bocor! Sebab zip bawah tak tutup. Madam lah kot -_- Cikgu tadi bagi plastic bag suruh isi barang semua. Aku panggil Dini dengan Syu. Diorang pack barang dari dalam, aku pack yang dekat dengan pintu khemah tu, sambil cuba cari plastic bag lain.
Tiba tiba cikgu bagi raincoat kat aku. "Ada budak lelaki bagi." Wan. Alhamdulillah gila lah masa tu. So lepas kemas semua barang, hujan reda sikit. Kitorang bertiga pergi jumpa cikgu, sebab cikgu panggil orang yang khemah bocor. Last last aku tidur dengan cikgu. Kan mujur aku dah pack barang awal awal? (:
Aku masuk je dalam khemah cikgu, aku dapat text dari Wan. "Dik, ok ke? /-:". Aku balas lah, "Mila okay je. Dah jumpa tempat tidur (: Thanks."
20th November 2011.
Aku bangun at 5.30am. Aku pakai terus baju Pengakap and pergi tempat himpun. Sampai je sana, hujan, so takdapat buat Istiadat Pagi and benda bendera tu. So kena terus siap untuk aktiviti and pergi makan breakfast.
Kumpulan aku dapat aktiviti lawatan pagi ni, so aku takpayah tukar baju. Pakai baju Pengakap je. By 8.30am kitorang dah siap. Lawatan ada 3 choices, pergi Masjid Terapung, Muzium Islam, and Menjelajah Bandar Kota Terengganu (actually aku main taram je nama nama lawatan ni). Zoe punya lah excited, dia dok tanya aku dengan Anis,
Zoe: If we could choose, which lawatan do you want to go to?
Aku: I'm not sure, wait, there are choices?
Zoe: Yeah, look. *Points at her buku aktiviti.* I want to go to the museum. You guys?
Anis: Kalau aku, aku nak pergi Masjid. Takpun Tamadun Islam tu. Kau?
Aku: Sama lah, tapi I'm interested in yang Menjelajah Kota Terengganu tu jugak.
Anis: Tengok nasib kita lah.
Ada dua orang iring kita, Madam dengan Mummy. Sebenarnya nama dia Geraldine, and kitorang taktahu nak panggil dia apa. Tiba tiba Shahril dok panggil dia Mummy, kita semua pun ikutlah :p
Asalnya kitorang kena pecah into three groups, but Madam taknak susah, dia buat kitorang semua pergi yang Menjelajah Kota Terengganu tu. Aku dah excited, haha. Then lepas ambil button lawatan, kitorang semua pakai dekat scarf. Kitorang naik bas number 33. Kat situ ada King Scout yang sangatlah friendly, nama dia Nizar.
Kitorang dapat sekeping kertas. Situ dia ada bagi soalan. Apa nama bank yang dekat dengan bangunan apatah. Senang? Oh tidak. BANYAK GILA BANK KAT SITU TAHU TAK ._. Aku rasa semua bank dalam Malaysia punya branch kat situ. Then kitorang kena cari Stesen Bas apatah. Hehe. Bila dah jumpa, we ended up in Pasar Payang. Kena cari how old the building is. Wan pergi masuk pejabat tu and got the answer. Perjalanan nak pergi pejabat tu... Mak aih, punyalah jauh.
Apabila kami sudah selesai, kami membut kata putus untuk makan. Nak cari food court tu pun jauh ._. Nasib bukan kita yang bayar makanan semua ^^V Abang Nizar yang baik itu belanja. Mueheh.
No comments:
Post a Comment